Blogger Layouts

Tuesday, 20 December 2011

LOVE YOU, UHIBBUKI / UHIBBUKA, CINTA AWAK .. :)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


subhanallah.. lawa langit tu. bentuk apa eh? CINTA? yes. today's post adalah tentang cinta.

CINTA ni banyak.. Cinta Allah dan Rasulullah. Cinta Ibu Bapa. Cinta Sahabat. macam macam. CINTA yang HARAM pun ada kan? ^^ CINTA yang HALAL pun ada.. hmm.. :) macam macam. CINTA memang seronok.. tapi sakit dalam CINTA seronok tak?

CINTA ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW
cinta Allah. hubbullah dalam bahasa 'arab. :) love Allah dalam bahasa inggerisnyee. hihi. *belajar banyak bahasa kerana Allah, inshaAllah dapat pahala, ni namenye selingan* okay. kenapa kena Cinta Allah? eh. banyak sebab kenapa kita kena cintakan Allah. PERTAMA, ianya adalah WAJIB keatas setiap muslim dan muslimah. KEDUA, sebab Allah tu Maha Penyayang. dan baaaanyak lagi.
let's think together.. Allah beri kita nyawa,beri kita peluang hidup di atas muka bumi yang indah ni. bagi kita ibu bapa, sahabat dan sahabiah yang baik. beri kita nikmat yang paling indah yang bukan semua insan dapat. iaitu iman dan islam. haaa. so, think about it. terlalu banyak sebab untuk kita cintai Allah. semua boleh fikir kan? alhamdulillah Allah pun dah bagi kita 'akal fikiran untuk berfikir secara baik. anda bercinta dengan insan ajnabi, perasaan cinta dalam diri tu dikurniakan oleh?? oleh Allah kan? cuma kita sebagai manusia, menyalah gunakan perasaan cinta yang dikurniakan olehNya.
saya tak jumpa dah sebab untuk cintai sesuatu itu atau seseorang insan lebih dari mencintai Allah dan Rasulullah. dan HARAM pun kalau nak buat macam tu. Allah Maha Penyayang, kita buat dosa pun, pasti Allah masih sayangkan kita. tapi kita? dah la buat dosa, tak nak terapkan kasih sayang dan rasa cinta pada Allah. Astaghfirullah.. :'( sedihnya, Ya Allah..
Rasulullah SAW sangat mencintai ummatnya. bukti? Baginda kalau boleh nak tanggung rasa sakit Sakaratulmaut para ummatnya. sebab? sebab Baginda tak nak ummatnya rasa betapa sakitnya sakaratulmaut tu. imagine this, Allah SWT telah mengurangkan rasa sakit sakaratulmaut bagi Baginda tetapi Baginda masih rasa kesakitannya, apatah lagi kita semua ni? then, Baginda pula nak tanggung. MasyaAllah.. betapa sayangnya Baginda pada kita semua. sehingga akhir hayatnya, Baginda masih memikirkan bagaimanakah keadaan ummatnya nanti. :') kita? pernah kah kita tangisi kisah Rasulullah dalam kesusahan menyampaikan Wahyu Allah? ingatlah, cinta Allah dan Rasulullah, anda tidak akan pernah kecewa dan sedih. Allah akan membalas cinta dan sayang anda. Allah tidak akn hampakan anda. :) cintailah Illahi.. dan juga Rasulullah.. inshaAllah, syurga Allah akan dikecapi.


CINTA IBU BAPA


hhaaaaa.. siapa la tak sayang ibu bapa kan? mereka lah insan yang setia berada disisi kita tatkala kita susah senang. tak pernah abaikan kita! so, cintailah mereka. :) ibu kita merupakan insan yang paling kita sayang kan? ibu melahirkan kita. susah sangat ibu lahirkan kita. pertarungkan nyawa. subhanallah.. kuatnya ibu kita kan? kalau kita sakit, demam and ada masalah, mesti kita pergi kat ibu. mengadu itu ini. ibu dengar je. curahkan kasih sayangnya pada kita. masyaAllah.. indahkan kasih sayang ibu? sungguh indah. alhamdulilah. saya sayang ibu saya sepenuh hati saya. saya ada masalah, ibu la tempat saya menangis dan mengadu. dia beri nasihat. dan paling penting, dialah yang mendidik saya supaya berpakaian mengikut syariat. ibu saya pula dididik oleh? mestilah ayah saya! hee. sebab tu saya sayangggg mereka. so? awak? mesti sama macam saya kan, inshaAllah. mesti awak pun sayang kan ibu kan? hmm.. memang mudah untuk sayang ibu kita. sebab mereka sering menyentuh hati kita. mudah rasa sayang tu muncul kan. <3 alhamdulillah. saya pasti awak yang tengah baca ni memang sayang ibu. inshaAllah.
AYAH! yang mendidik kita, mencari rezeki, memberi kasih sayang, memberi nafkah. susah tau. ayah saya merupakan pesara KTMB. dulu, beliau seorang pensyarah lokomotif di Pusat Latihan KTMB. sekarang beliau bekerja macam motivator. setiap bulan, inshaAllah ayah akan 'outstation'. setiap tahun ayah akan ke Mekkah untuk kerja di sana selama 4 bulan. alhamdulillah rezeki dari Allah. penat ayah saya kan? beliau lakukan semua tu untuk Allah dan keluarga. nak bagi nafkah. tu tanggungjawabnya. hari ahad pula, beliau inshaAllah akan hadir ke kelas agama belajar ilmu Allah. beliau ajar saya, ibu saya, abg abg saya untuk sentiasa hidup mengikut Quran dan Sunnah. sebab beliau mahu bersama sama di syurga Allah. bukan senangkan jadi ayah? saya pasti ayah anda pun begini. sibuk mencari rezeki, ke sana ke mari menjalankan tanggungjawab. ada sebab tak untuk kita tak sayang ayah dan ibu kita? tak ada kan? adalah wajib untuk kita mencintai dua insan mulia ini. ibu dan ayah.

CINTA SAHABAT *UKHWAHFILLAH



ukhwahfillah. hubungan persahabatan kerana Allah. ni pun indah juga. alhamdulillah saya dapat terapkan untuk sering ucapkan 'uhibbukifillah' pada sahabiah saya. sweet kan? uhibbukifillah tu maksudnya.... saya sayang awak kerana Allah. maksud sahabiah tu apa? pada saya sendiri, sahabiah merupakan insan, yang menyayangi kita kerana Allah. bersama dalam senang dan susah. hearing without judgement. maksudnya mendengar segala luahan, tetapi tidak 'judge' kita dengan benda yang buruk. sentiasa husnuzon *bersangka baik*. dan.. sentiasa ingin menegur tatkala kita melakukan dosa dan ingin ditegur jika dia melakukan dosa. kenapa? kenapa kita ingin bersama sama kecapi kebahagian di syurga Allah. sweet kan? cinta dengan sahabat memang indah jika disulami dengan kata kata yang mengingatkan kepada Allah dan Rasulullah dalam percakapan. segalanya indah, inshaAllah. tak caye ke ha? cuba la! ^^ sungguh! ianya amaaat indah! subhanallah!!!!

CINTA DENGAN... BF? COUPLE

Boyfiee girlfiee lovey dovey and stuff. haha. hmm. siapa kata salah? tak salah la bercinta antara lelaki dan perempuan. tapi mesti ada syarat nak bercinta yang ni. KAHWIN. adakan hubungan yang halal. baru best! memang la, cinta time remaja ni seronok. best kan ada orang sayang? saling menyayangi. sweet. cakap love you sayang, miss you sayang and stuff. siapa tak suka. semua orang suka bila ada orang lain cakap benda benda tu kat kita. saya pun suka. tapi kan, saya suka kalau bnda benda macm tu wujud bila saya dah jumpa hubby saya *yang halal tau, sah nikah*! seronok tau bercinta lepas kahwin. cuba tengok video ni http://www.youtube.com/watch?v=3k75QdqW9Yk&feature=player_embedded
atau kalau malas benor nak buka link ni, nanti saya letak ye kat bawah video tu. look, memang seronok cinta dengan lelaki or perempuan yang tidak halal, tapi, seronok di dunia ni selalunya hasil dari godaan syaitan. lagi lagi yang ala ala nak dekat dengan zina ni. kerja mereka yang bertanduk la tu. tak de yang lain. cuba bayangkan, dalam tengok syok bercinta tu, nyawa kita ditarik oleh Malaikat Izrail yang telah diarahkan oleh Allah SWT. tak sempat nak taubat. macam mana? kita sibuk bercinta dengan hamba-Nya yang tak halal buat kita, macam mana dengan cinta kita pada -Nya dan Kekasih-Nya, iaitu Rasulullah? mantap ke? banyak sangat keburukan berbanding kebaikan bila bercinta remaja ni. buang masa, buang duit, buang harga diri dan maruah pun ada. hmm.. berubahlah sebelum rebah. fikirkan yang wajib terlebih dahulu. :) tak twu la nak cakap apa, memang dah jelas ianya ditegah. banyak bawa dosa dalam diri. :'( bangkitlah wahai permata islam.
kesimpulan..

CINTA ALLAH DAN RASULULLAH SAW
cinta yang hakiki, cinta yang mampu bawa kita ke syurga, cinta yang paling indah. balasannya terindah, iaitu kita akan ke syurga. paling indah lagi, kita akan dapat bersama kekasih Allah, paling amat terindah, dapat melihat wajah Maha Suci Allah. inshaAllah, jika kita benar benar mencintai Allah dan Rasulullah sepenuh hati, jiwa dan raga. ikhlas dalam mencintai Allah dan Rasulullah. caranya? tinggalkan larangan Allah jalankan suruhan Allah. hidup berlandaskan Quran dan Sunnah. sebarkan ajaran Rasulullah. inshaAllah dapat kecapi kebahagiaan di Syurga Allah. inshaAllah.

CINTA IBU BAPA
cinta yang bahagia. kita mencintai mereka kerana mereka juga mencintai mereka. kita dilahirkan di dunia yang penuh cabaran ini atas rasa cinta diantara ibu dan ayah kita. cinta kerana Allah. indahkan? seronok tau mencintai ibu bapa.. kita akan mudah taat pada mereka. inshaAllah, syurga itu tempat di akhirat. du'akan mereka, jaga dan kasihi mereka. gembirakan mereka. jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim atau muslimah dan anak dengan sempurna. inshaAllah, kita akan bersama mereka di syurga Allah. inilah caranya dalam mencintai ibu bapa kita. bukan itu sahaja, banyak lagi. kita perlu berusaha dalam menjadi insan yang sentiasa mengamalkan cara hidup islam. nanti, inshaAllah pahala itu dapat kepada kedua ibu bapa kita juga. :') sentiasa ucapakan pada mereka bahawa kita sayangkan mereka. *walaupun malu

CINTA SAHABAT / UHKWAHFILLAH

cinta sahabat kerana Allah. ucapkanlah rasa sayang itu pada mereka. sering bersedia untuk menghulurkan tangan tatkala mereka susah, hulurkan bahu tatkala dia ingin menangis, sediakan telinga anda tatkala dia ingin berkongsi dan bercerita. serta.. hulurkan kata kata permata anda dalam mengingatkan dia kepada Allah dan Rasulullah. ini caranya dalam menunjukkan kasih saya anda kepada sahabat. ajak buat kebaikan, ajak tinggalkan kejahatan dan kemungkaran. inshaAllah bakal bertemu di syurga Allah.
CINTA MONYET / REMAJA / SMS etc
cinta yang bawa keseronokan sementara. keseronokan di dunia semata. tidak dapat redha Allah SWT. ayuh, bertaubatlah wahai permata islam. kembali ke jalan Allah. cinta manusia bawa kekecewaan. selagi belum berkahwin, cinta bawa kesedihan. cinta itu tidak buta jika ianya dibawah keredhaan Allah. cinta memang tidak buta. cinta itu anugerah dari Allah. gunakannya di jalan Allah. malangnya, kita sebagai manusia yang buta. membutakan mata kita sendiri dari menampakkan kebaikan dan keindahan cinta di jalan Allah. lalu memilih untuk bercinta dengan insan yang tidak halal. astaghfirullah. berubahlah. tinggalkannya. bercinta dengan Allah dan Rasulullah terlebih dahulu. inshaAllah ada lelaki yang terbaik buat kita yang bakal mendidik kita hingga ke syurga jika kita cintakan Allah lebih dari segalanya. :)

CINTA SEJATI HINGGA KE SYURGA
akan hadir cinta ini jika ada insan yang datang kepada kita dengan cara yang Allah redha. tanpa melakukan maksiat. cinta selepas berkahwin itu indah. percayalah. insan yang akan membimbing kita hingga ke syurga, akan melaksanakan tangunggjawabnya dengan sempurna. cinta ini akan tiba. inshaAllah. lupakan cinta remaja.. ianya sia sia..


pilih sendiri ya nak cinta yang mana. cintailah Illahi.. <3
panjang post kali ni. penat menaip. :) tetapi mendapat kepuasan alhamdulillah. semoga post ini diredhai Allah, dan dapat memberi manfaat. inshaAllah..
*watch the video tau. ada kat bawah tu.
so, that's all from this Allah's slave. may Allah bless.

WSLM..
.FIR MOHAMED.

No comments:

Post a Comment