بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
today's post adalah berkaitan sahabat. susah tau nak cari kawan or sahabat. susah. tak senang. kadang kadang kita dah kenal bertahun tahun pun kawan tu, boleh je mengkhianti kita kan? dan kadang kadang, bila kita sayang sangat kawan tu, akhirnya boleh juga bertukar menjadi benci. itulah manusia. sering lemah untuk mendengar dan mengikuti godaan dan bisikan syaitan.
sejujurnya sehingga kini, saya masih lagi mencari siapakah sahabat saya. saya rasa, dah jumpa. but then, kena tunggu dulu. tak boleh terus je cakap dia tu sahabat kita. besabar. tapi, so far, dia mampu memberi nasihat yang berguna ketika saya sedih. yang paling penting! dia sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa berada di jalan Allah. :)
sahabat. pada saya sahabat adalah insan yang sentiasa menegur kita tatkala kita melakukan kesalahan, dan juga sentiasa inginkan kita menegurnya ketika dia melakukan kesalahan. maklumla, kita kan manusia. sering lupa dan alpa, suka sahaja terbitkan dosa daripada mengumpul pahala. *lalai. kenapa saya kata ini lah ciri ciri sahabat? sebab, mereka tegur kerana tak mahu lihat kita disiksa oleh Allah di akhirat nanti. mereka nak sama sama masuk syurga Firdausi dengan kita DAN nak melihat Allah sama sama dengan kita. nak kecap kejayaan di akhirat sama sama. sweet kan? hihi. tak tak mudah untuk cari sahabat macam ni. :)
sahabat, di manakah kamu. ku rindukan mu. ku ingin bertemu dengan mu. ku ingin mendengar setiap kata kata mu yang mengingatkan ku kepada Allah yang mencipta ku dan diri mu. ku ingin sekali mendengar nasihat dan teguran mu tatkala aku tersalah langkah sehinggakan aku bedosa kepada yang Maha Esa. adakah aku belum bertemu dengan mu sahabat? atau pun kamu telah berada di sisi ku ketika ini?
Bimillahirrahmanirrahim
Ya Allah, aku bermohon kepada Mu Yang Maha Berkuasa, pertemukanlah aku seorang sahabat yang dapat membantu ku untuk berada di jalan Mu. serta, ku mohon, lindungilah dia, berkati lah dia ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ameen.
hmm. sahabat saya tengah buat apa ye sekarang ni? hihi.
sepanjang 16 tahun berada di muka bumi Allah, sepanjang itu la saya mencari sahabat. banyak pengalaman yang dah diterima. dan saya mengambil iktibar daripadanya. pernah berjumpa dengan insan yang selalu mengajak saya melakukan dosa, pernah berjumpa insan yang selalu ajak saya mengumpat, pernah juga berjumpa dengan insan yang mengkhianati saya sehinggakan ibu saya juga menjadi mangsa kebenciannya terhadap saya. bonda saya tak suka padanya bersebab, bukan suka suka untuk menilai dirinya. sedih betul kan bila tak dapat menerima teguran sedangkan ianya baik untuk diri sendiri. saya mencuba sedaya upaya untuk mengambil iktibar dengan segala peristiwa ni. :)
hee. seronoknya bila kita kawan dengan sahabat kita tu kerana Allah. segalanya jadi manis belaka. Ukhwahfillah. tak sabarnya nak jalin hubungan persahabatan kerana Allah. semoga Allah memudahkan perjalanan saya mencari siapa sahabat saya. ameen.
okay. that's all from this Allah's slave. may Allah bless.
WSLM..
.FIR MOHAMED.
No comments:
Post a Comment