بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
ya Allah, adakah aku gagal? adakah aku akan berputus asa Maha Suci Allah? :( pulihkan hati ku yang sedih ini ya Allah. pulihkanlah ia dengan memberiku sesuatu yang lebih baik, yang boleh dikongsikan dengan sahabat ku yang lain. aku yakin, apa yang berlaku pada diri ku ini, pasti ada hikmahnya. itu sudah pasti!
tadi saya menangis, kerana terasa diri ini gagal. gagal membimbing seorang yang saya sangat sayangi untuk ke majlis ilmu. dia berpaling atas sebab yang saya tak dapat terima pada awalnya (sebab fikir ikut emosi, bukan secara rasional). saya tak kuat untuk menegur. hanya menahan kata kata. hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ini. saya solat, minta Allah tenangkan hati. minta Allah berikan petunjuk padanya. saya yakin, Allah akan bantu saya..
tak apa FIRZANAH, bukan senang untuk mengajak seseorang untuk sentiasa berada di jalan Allah. diri sendiri pun belum 100% berada di jalan Allah. sedangkan Rasulullah SAW pun kena berusaha sekuat mungkin dalam menjalankan da'wah. apa tah lagi FIRZANAH!
jangan putus asa wahai diri
yakinlah bahawa Allah sentiasa di sisi
walaupun kesedihan ini pahit tak terperi
usaha itu penting untuk membawa kejayaan yang sungguh bererti.
ku berserah segalanya kepada mu ya Allah. ku mohon pada Mu, berikanla dia hidayah Mu. bimbing lah dia. berikan yang terbaik buatnya.
saya tak akan berputus asa. saya dah cuba, namun, dia masih memilih yang itu. kini, usaha saya adalah untuk sentiasa berdu'a untuknya. sebab saya sayangkan dia.
teringat pula ceramah ustaz, kalau kita ada kawan yang buruk, maka elakkanlah daripada bersama sentiasa dengan mereka. kerana kawan merupakan insan yang membawa pengaruh yang paling kuat dalam kehidupan remaja.
tapi, terubat hati saya, bila saya berfikiran positif tadi. saya pejamkan mata, kemudian, husnuzon. selepas itu, saya fikir kebaikan dia terhadap saya. dia seorang yang baik. jujur saya katakan. tapi, mungkin dia keliru, tak tahu mana satu yang betul. saya juga pernah macam tu. so, saya tak boleh marah sgt dengan apa yang dia buat ni. kadang kala, kesalahan itu yang memberi pengajaran yang besar dalam hidup.
ku bersyukur ya Allah, kerana menggerakkan hati ku ini untuk bersujud kepada Mu dan membaca salah satu surah di dalam Quran tatkala ku sedih. terima kasih buat seorang kawan saya yang menyuruh saya bersangka baik, dan terima kasih buat ibu tercinta kerana menyuruh saya untuk berfikiran positif terhadapnya. sesungguhnya, diri ini sangat menyayangi Mu ya Allah, kusayangkan mu, kawan. ku cintakan mu, ibu.
malam ini, gembira. Alhamdulillah. menunggu kepulangan abah. pada esok hari. masyaAllah. hati ini melonjak kegembiraan. terlalu seronok untuk melepaskan rindu terhadap bapa ku yang terhebat! masalah hati ku sedih ni semakin pulih. alhamdulillah. tulis blog pun sambil dengar lagu Freedom, by Maher Zain. kira gembira sikit la, dah boleh dengar lagu ni. hihi.. alhamdulillah. lepas ni, youtube, nak cari benda yang boleh dikongsikan di Facebook. semalam alhamdulillah ive shared tentang solat cara Rasulullah SAW. disampakaikan oleh Ustaz Rasul Dahri. pernah mengahdiri kelasnya beberapa kali. mak abah selalu pergi sana dengar ceramah dia. best! <3
alhamdulillah. getting better, better, better and better. inshaAllah esok hari yang lebih baik.
senyumlah diri,
gembiralah hati,
supaya berseri,
menyambut kepulangan ayah yang bertakhta di hati.
that's all from this Allah's slave. may Allah bless, inshaAllah.
WSLM..
.FIR MOHAMED.
No comments:
Post a Comment