Blogger Layouts

Tuesday, 23 August 2011

Kem Remaja Raikan Ramadhan. IKRAMTeens

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهl

sabtu dan ahad baru lepas (20 and 21 aug), saya dapat ke Kem 3R.. alhamdulillah seronok sangat.. dapat kawan beru, kenal dengan kakak kakak and abang abang fasi yang sangat baik. best best best best. walaupun penat, tapi seronok yang tak terhingga.. lagi lagi sebab pergi dengan kawan yang saya sayang, 'Asyiqin, Asma', Kak Najwa Solehah, Mursyida, Zainab, Khadeejah, Wan Amira a.k.a Wana, Sofea.. uhibbukunna jiddan <3 terlalu banyak benda baru ; pengalaman, ilmu, kawan dan perubahan yang baru.. dannn, saya suka sangat bila kita semua berlumba untuk sampai dulu, lari naik lif, tangga. hehe. penat, tapi tak terasa sangat.

FIRST DAY
saya sampai lambat sikit. huhuh.. orang lain semua dah masuk dewan tapi saya dengan 'asyiqin baru nak daftar yee.. nasib baik syiqin tumpang saya, kalau tak memang segan sangat datang lewat 5 minit tu.. sampai je, Asma' and wana datang 'sambut' kami.. siap tolong angkatkan beg kami lagi.. huhu. laggi segann.. syukran ye.. after daftar, terus masuk dewan. aduhaii.. sahabat lain semua dah dapat duduk depan depan gitu.. saya dengan syiqin tercari cari tempat kosong. >.< sedihnya.. tiba tiba ada seorang kak fasi ni, pelajar UIAM Nilai, nama dia Kak Muslihah tunjukkan tempat.. alhamdulillah cukup je untuk kami berdua. tapi tu pun terpisah sikit.

after that, duduk duduk, sebelah tu dapat laa kawan baru.. pelajar Sekolah Sri Ayesha. nama dia saya dah tak berapa ingat. sebab unik benar nama dia.. ;) *wink wink* alhamdulillah, kenalan baru.. then, ada main game.. best. main cucuk cucuk jari partner kita.. tangkap tangkap jari dia. dalam game ni pun dapat kawan juga dari Sek. Seri Puteri.. jugaa, tak ingat nama.. ;) after itu ini itu ini, pergi tunaikan Solat dhuha.. sambung balik ke dewan, dengar 'ceramah' dari badan NGO, yang bantu orang di Mindanao ( i don't know how to spell it).. kat sana ramai orang islam.. mereka bantu orang di sana.

dapat masuk kumpulan num3 dgn mursyida, yang diberi nama Al Maghfirah.. fasi kami adalah kak sashu and kak wani. i love them so much. best. sesi taaruf, dapat la kenal Kamalia, Ida, Maryam, Salma, anati dan ramai juga. alhamdulillah, seronok.

petang petang macam tu, aktiviti yang paling saya suka. iaitu menggembirakan anak yatim. saya dapat buatkan kad raya untuk adik Mohd Khairul Ehsan bin Suparli. seronok sangat buatkan kad untuk mereka.. saya buat kad tu dengan Ida, pelajar SSP..

dalam pukul 5.30 p.m. macam tu, gerak ke masjid putrajaya, tapi malangnya tak ada bus yang boleh bawa kami ke sana. so, jalan kaki lebih kurang 20 minit ke bazaar ramadhan untuk aktiviti interview orang muslim and non muslim dengan menggunakan bahasa inggeris.dua tiga kali pusing satu bazaar tu. penat, tergugat juga iman tengok banyak benda. 6.20 p.m. ++ gerak ke masjid besi balik untuk berbuka.

lepas berbuka dengan benda manis, pergi solat. after solat semua ke dewan untuk makan berat, tapi kami pergi mandi. haha. dapat makan pun lepas mandi, masa tu dah tak ada orang dah. ciput je makan. tak apa, rezeki. syukur sangat ada juga. alhamdulillah. solat 'isya pun lambat. :( tarawih pun terlepas 2 rakaat. hehe. kelam labut masa tu.. kelakar juga bila ingat balik..

dipendekkan cerita, pukul 12 macam tu masuk tidur. taapi, kami tak tidur pukul 12. sampai kat tempat rehat, asma' buat solat taubat. pastu semua pun buat.. ni percakapan kami
fir ; zainab, anti nak buat apa?
zainab : nak dating. hehe.
fir ; ha?
zainab ; dating dengan Allah.
haih. hehe..

fir ; dah kan semua? so, nak 'dating' kat mana?
mursyida ; ana nak dekat sana.
fir ; jom zainab. ana dengan syida nak kat sana.
zainab ; eh, dating sama sama, tapi jauh jauh laa.
fir ; eh, yela. dating jauh jauh laa.


Alhamdulillah.. solat taubat selesai. huhu. masa tu tidusa.r pun pakai tudung. sebab tempat dia open. bahaya. saya pakai jubah pula tidur. tapi tukar pula tshirt, tak selesa pula pakai jubah nak tidur ;D alhamdulillah selamat and bangun pukul 3.00 a.m..

SECOND DAY
pagi buat solat sunat.. habis dari tu. kami baca Quran sendiri..mengantuk juga tapi tak nak tidur rasanya.. tak twula kenapa kan.. hmmm.. sampai pula waktu sahur, kami sahur, tapi malangnya saya dan syida tak dapat makan sebab dah habis. tak ada rezeki. minum air satu botol. dapat free.. wee. hehe. asma' ajak share tapi tolak sebab kesian makanan asma' pun sikit..

pagi tu main pusing satu 'putrajaya'. haih, penatnya. lari sana sini. jawab itu ini. bawa air dalam plastik yang dah kena bocor dengan penuh kejam sekali oleh fasi. haha. masa tu pagi lagi perut dah bunyi daa, baru rasa menyesal tak jamah makan asma'. hehehe.. alhamdulillah dapat tahan. lepas tu solat dhuha.. then, ke dewan untuk activity lain.dengar pengalaman mereka yang belajar di luar negara. macam macam yang dikongsikan. dengar macam best juga sambut ramadhan di negara lain.. ;)

lalalalalala... banyak benda dah ni.. hehe. pukul 1.30 gitu tamatlah semua.. sedihnya.. :'( nak nangis tapi control je. huhu..

hmm.. pengalaman yang seronok.. dapat tadarus dgn kakak kakak and kawan baru.. dapat bersama dengan sahabat yang lain kelas dgn saya. ada satu lagi, malam tu, saya dengar tentang perang Badr. huhu. nangis bila dgr and tengok video.. :'( lagi lagi bila dengar kisah Muaz dan Muawiz nak bunuh abu Jahal. huhu. ;'( segan juga sebab saya je nangis walaupun ustaz tu kelakar. huhu.

soooooo, syukur alhamdulillah sebab Allah pilih kita untuk berada di Kem ni. banyak lagi nak cerita tapi panjang sangat nanti. huhu. ni pun dah panjang. >.< ada masa nanti kongsi yang lain.

SAHABAT YANG KE KEM 3R, KAKAK KAKAK, SAYA SAYAAAANG KAMU SEMUA.. SEMOGA KITA JUMPA LAGI..INSHAALLAH.. KEEP IN TOUCH.. <3

so that's all from this Allah's slave. may Allah bless us always and bestow upon us rahmat and barakah.
WSLM..
rindu lagu ni..






No comments:

Post a Comment