Blogger Layouts

Thursday, 28 July 2011

permulaan..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hmm. before ada coretan.. just want you to know benda ni.. this is my first time guna blog.. before this ada, tapi tak pernah nak *singgah* ;hehe.. mungkin ini boleh jadi tempat untuk kita lebih saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.. inshaAllah..

*taaruf*
Nama yang diberi adalah Nur Firzanah binti Mohamed.. alhamdulillah telah berada di dunia yang penuh dengan ujian ini selama hampir 16 tahun, semoga Allah memberi kesempatan yang lebih lagi untuk hidup di dunia ini bagi melaksanakan tanggungjawab yang dipikul dan juga melakukan lebih amal.. inshaAllah.. saya merupakan permata kepada keluarga kerana... i'm the only girl.. saya mempunyai tiga orang abang yang sudah pun dewasa dan dua antara mereka telah pun menjadi seorang suami kepada wanita yang mereka sayangi.. saya amat bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan dalam keluarga yang bahagia..

Saya menghabiskan masa kanak kanak saya di sekolah yang amat ceria suasananya.. enam tahun berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar, WP Kuala Lumpur adalah tahun tahun yang sukar dilupuskan dari kotak ingatan yang dikurniakan Allah ini.. Alhamdulillah saya telah pun melangkah ke alam remaja kini.. alam remaja ini dilalui di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1), WP Putrajaya dan kini menuntut ilmu dalam bidang Lukisan Kejuruteraan dan juga bakal menjadi calon SPM pada tahun hadapan.. inshaAllah.. segalanya dengan izin dari Allah yang Maha Esa..

mungkin setakat ini sahaja sesi 'taaruf' kita. inshaAllah selepas ni akan post apa yang terjadi dalam kehidupan saya.. mungkin juga akan berkongsi segala ilmu melalui bahan bacaan yang saya baca.. semoga melalui blog ini kita akan dapat bertukar pendapat, berkongsi pengalaman dan juga dapat berkongsi ilmu pengetahuan..

akhir kata, tuntutlah ilmu kerana Allah.. bukan kerana peperiksaan.. berkongsilah ilmu sesama manusia, janganlah meninggi diri dengan apa yang ada.. ingatlah, Allah itu Maha Berkuasa.. jikalau kita terleka, berkemungkinan besar akan ditarik segala nikmat yang ada.. jangan kufur nikmat ya..

sekian dari hamba Allah yang bernama Firzanah.. wslm..


No comments:

Post a Comment